Pada masa sekarang mungkin ramai mengambil tindakan yang sama dengan saya, 1st degree in Engineering (or other professional course) tapi sambung belajar dalam Master in Business Admin, tapi Kenapa???
Pada pandangan saya, pada mulanya saya mengambil keputusan untuk belajar MBA adalah kerana saya perlukan ilmu pengurusan yang lebih baik. sampai bila mahu bekerja sebagai buruh kasar sahaja kan, lagi pula sebagai engineer, pasti tak bertahan lama. Jadi, saya perlu ada backup plan untuk meletakkan diri saya lebih serba boleh dan multytasking lah konon-konon.. Malah bila ada
kelayakan tambahan, saya berasa lebih yakin iyer dapat membantu saya dari segi kenaikan pangkat..wahh..naik pangkat, naik Gaji!! I like~~ tapi kenaikan tanggungjawab jangan dilupa ye T_T
Namun sekarang, bila sudah mengikuti pembelajaran pengurusan ni, saya dapati, faktor utama saya berada di sini adalah untuk
memupuk keperibadian dan cara berfikir sebagai ketua dan usahawan. hurm....*Statement yang mungkin menimbulkan rasa was-was banyak pihak.
Bagi saya yang tidak mempunyai latar depan dan belakang business ni, harus lah mengambil serius akan pembelajaran keusahawanan ini bagi memandu ke arah & jalan asas untuk mengusahan perniagaan.
Tapi mungkin ada benarnya mengapa orang tidak percaya bahawa kita akan pandai berniaga dengan hanya belajar di dalam bilik darjah sahaja sebab hakikat diluar adalah berbeza..Sekurang-kurangnya, dengan pembelajaran & penglibatan diri dalam perbincangan didalam kelas,
pertukaran idea dan pendapat bersama pensyarah serta rakan-rakan banyak membantu peningkatan motivasi diri. Kemudian, iyer menjadi pembakar semangat ingin mencuba dalam bentuk praktikal. Maka terhasillah
Liyana's ^_^
Dan paling penting sekali, kenapa saya belajar Business admin adalah kerana cita-cita saya untuk jadi Tauke..Bos on my own.. hehe..
Jadi kelas ini adalah batu loncatan untuk saya mempelajari selok belok pengurusan perniagaan secara keseluruhan, termasuklah tentang pengurusan hak-hak pekerja, operasi syarikat, pemasaran dan
PENGURUSAN KEWANGAN.. Ye, sebelum ini saya memang sangat tidak pandai membajet wang ye rakan-rakan! walhal, iyer adalah nadi kesinambungan sesuatu perniagaan.. Sekarang, dengan sukacita nya, saya ingin mengaku bahawa saya tak pernah ponteng kelas Finance yang ngantuk itu hanya kerana rasa tanggungjawab keatas syarikat yang saya ada sekarang T_T
Education is an important form of leverage. the difference in earnings between someone who drops out of high school and a person who graduates from college can be measured in the millions of dollars, when measures over a lifetime....especially financial education. Robert T. Kiyosaki
buat kamu, terima kasih kerana sudi membaca...
All about sharing knowledge d[^_^]b
p/s: Moga-moga percaturan saya ini tepat dan dapat memandu perjalanan perniagaan yang lebih lancar & penuh keberkatan. amin...